Aura semulajadi tumbuhan bernama canuai dan Buluh Perindu.
Bukti Saintifik Tumbuhan Juga Berzikir
Sebuah majalah sains yang terkenal, Journal of Plant
Molecular Biologist telah memuatkan sebuah artikel
mengenai penelitian sekumpulan cendekiawan terhadap
tumbuhan. Mereka mendapati sebahagian flora
mengeluarkan bunyi halus yang tidak mampu didengari
telinga manusia dan bunyi tersebut berjaya dirakam
menggunakan alat perakam yang tercanggih.
Setelah tiga tahun mengkaji, para saintis berjaya
menganalisis denyutan suara tersebut sehingga menjadi
isyarat-isyarat bersifat cahaya elektrik menggunakan
osiloskop. Mereka mendapati denyutan cahaya itu berulang
lebih daripada 1000 kali dalam satu saat. SubhanAllah!
Cendekiawan Barat tercengang dan masing-masing
tergamam dengan sebuah fenomena luar biasa seperti ini.
Mana mungkin tumbuhan bersuara? Profesor William
Brown yang mengetuai kajian tersebut mengumumkan
bahawa tiada tafsiran ilmiah mampu dilakukan mengenai
fenomena itu. Menurut beliau, hasil kajian tersebut telah
diserahkan kepada universiti-universiti dan pusat kajian di
Amerika serta Eropah namun tiada yang sanggup
menafsirnya.
Setelah penemuan tersebut dihadapkan kepada pakar-
pakar dari Britain, kajian yang hampir menemui jalan buntu
itu berjaya ditafsirkan. Salah seorang daripada kumpulan
pakar tersebut merupakan seorang ilmuwan Muslim yang
berasal dari India. Penelitian selama lima hari dilakukan
dan saintis berbangsa Inggeris terpaksa menyerah. Saat
itulah ilmuwan Muslim tersebut mengatakan “Kami umat
Islam tahu tafsir dan makna fenomena ini. Malah, kami
ketahuinya sejak 1400 tahun yang lampau”.
Semua bijak pandai yang hadir tersentak dengan kata-kata
tersebut dan meminta agar diperjelaskan lagi. Saintis
Muslim itu lantas membaca tafsir surah Al-Israa ayat 44
yang bermaksud “Dan tidak ada sesuatu pun melainkan
bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak
mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha
Penyantun lagi Maha Pengampun ”.
Prof. William Brown kemudiannya menemui ilmuwan Islam
tersebut untuk membincangkan perkara ini. Ilmuwan itu pun
menerangkan kepadanya mengenai Islam dan
menghadiahkan sebuah Al-Quran berserta terjemahannya
kepada profesor tersebut.
Beberapa hari kemudian Prof. William mengadakan sebuah
ceramah di Universiti Carnich. Beliau menjelaskan bahawa
selama 30 tahun bekerja belum sekalipun beliau temui
fenomena begitu dan tiada seorang pun yang berani
menafsirkan penemuan tersebut. Malah, tiada kejadian
alam yang lain yang mampu menafsir maksud fenomena
itu. Maka pada akhir ceramahnya beliau melafazkan
kalimah syahadah di hadapan para hadirin.
Kalam-Nya mengisahkan pelbagai perkara sebelum
sains
Terjemahan artikel ini ke dalam Bahasa Indonesia
dimuatkan di dalam majalah QIBLATI edisi ke-11 tahun
2006. Lihatlah bagaimana sains membenarkan Islam,
sebuah agama yang syumul. Maha Suci Allah, segala
pujian hanya layak diberikan kepada-Nya. Sedangkan
tumbuhan pun tidak putus bertasbih, bagaimana pula
dengan kita selaku khalifah alam? Sebuah peringatan yang
cuba saya kongsi bersama semua terutama diri sendiri
yang masih banyak khilaf…














Comments

aura canuai aura semulajadi
aura canuai dan buluh perindu utk pelaris diri,perniagaan,memikat,seri ,jodoh
hubungi whatapps 0179214456
https://www.youtube.com/watch?v=-Twh8rN2-fs
.
https://www.youtube.com/watch?v=-Twh8rN2-fs